RIYADH: Arab Saudi pada Isnin telah mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis kerana mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan azan, yang dilaungkan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, lapor agensi berita China Xinhua memetik portal berita online tempatan, Sabq.
Penulis itu, Mohamed Al Suhaimi, dilarang daripada melakukan aktiviti penulisan dan media.
Mohamed turut dirujuk kepada jawatankuasa siasatan.
Baru-baru ini, Mohamed telah memaklumkan saluran berita MBC, yang berpangkalan di Dubai, bahawa laungan azan yang kuat boleh mengganggu kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur serta menggesa agar bilangan masjid di kawasan kejiranan dikurangkan. – BERNAMA
KOMEN