Home » Langit Terbuka » Kempen undi rosak haram – Mufti Wilayah Persekutuan

Kempen undi rosak haram – Mufti Wilayah Persekutuan

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan rakyat Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon-calon yang diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams. - Gambar fail

 

KUALA LUMPUR 14 Feb –  Umat Islam perlu sedar bahawa tindakan seseorang merosakkan undi pada mana-mana pilihan raya umum (PRU) hukumnya haram.

Selain itu, menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tindakan umat Islam yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi, juga hukumnya haram.

“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi.

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi,” tulisnya di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Isnin.

Beliau turut mengingatkan rakyat negara ini supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon yang diyakini dapat menjaga kepentingan lima keperluan utama atau Dharuriyyat al-Khams, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan serta harta.

Dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah melalui proses pilihan raya adalah wajib.

Pilihan raya merupakan platform untuk rakyat menunaikan hak bagi memilih pemimpin, katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli tidak bersetuju dengan Kempen #UndiRosak, #SpoiltVote yang tular di media sosial baru-baru ini. – ASTRO AWANI

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *