KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Kempen Beli Produk Muslim dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam selain menikmati jaminan produk halal.
Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang esok (2 April)Â itu akan dilancarkan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh di Menara Kuala Lumpur, di sini.
Kempen tersebut dijayakan dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, Gerakan Tunai Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hijrah Water dan Lembaga Zakat Selangor. – Utusan Malaysia
KOMEN