PETALING JAYA – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Luar India dan Malaysia untuk mengekstradisi pendakwah Dr Zakir Naik ke negara itu, kata Dato’ Saifuddin Abdullah.
Menteri luar itu berkata, buat masa ini, New Delhi hanya menghantar nota diplomatik untuk memohon Naik diekstradisi ke India dan isu itu tidak menjejaskan hubungan dua hala.
Mengenai perbincangan perdana menteri India dan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ekstradisi Zakir di luar Sidang Kemuncak Ekonomi Timur di Rusia semalam, Saifuddin berkata, Narendra Modi hanya menyebut perkara itu sekali lalu dan memaklumkan ia sedang dibincangkan pegawai kedua-dua negara.
“Itulah cara beliau (Modi) sebut perkata itu. Kemudian, Mahathir pun tidak respons kerana banyak masa digunakan untuk bincang mengenai kes Kashmir,” katanya dipetik Bernama pada sidang media di Vladivostok, Rusia.
KOMEN