Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah bukti dasar Islam bukan sekadar slogan

Kembara Rahmah bukti dasar Islam bukan sekadar slogan

MARANG – Kembara Rahmah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan bukti dasar Islam kerajaan bukan sekadar satu slogan.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, menerusi program tersebut pihaknya turun ke lapangan bagi bertemu dan menyantuni sendiri golongan sasar.

“Dalam Kembara Rahmah kita adakan program dan berjumpa terus dengan masyarakat”.

“Umpamanya di Marang ini kita adakan sesi dialog pada sebelah pagi untuk terangkan dasar serta hasrat kerajaan, pada masa yang sama buka peluang untuk hadirin bertanya soalan jika ada kemusykilan.

“Petang dan malam YADIM turun ke lapangan untuk sampai bantuan selain bertemu pelbagai pihak yang kita mahu santuni seperti asnaf, belia dan pelajar,” katanya ketika merasmikan Kembara Rahmah Marang di sini pada 30 Oktober.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Nawawi Rani dan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Seramai 230 peserta terdiri daripada warga pendidik dan wakil wakil jabatan kerajaan menghadiri program ini.

Marang merupakan lokasi ke empat Kembara Rahmah di negeri ini.

Dalam pada itu Tuan Kamarul berkata, pihaknya komited untuk menjayakan konsep rahmah dan memastikan ia bukan sekadar sesuatu yang diungkapkan semata mata.

Jelasnya, kerajaan tidak mahu konsep dan gagasan ini menemui kegagalan seperti sebelum ini.

“Berdasarkan kajian, dasar Islam sebelum ini menemui kegagalan kerana ia tidak diterjemah dan dilaksana, hanya sekadar dibincangkan di pejabat semata mata.

“Kita tidak mahu ia berulang, justeru YADIM hari ini giat adakan Kembara Rahmah, dan program program turun padang, kerana dasar dasar seperti ini perlu disertai amalan” jelasnya.

Dalam ucapannya Kamarul turut menyentuh mengenai usaha pemerkasaan orang muda oleh YADIM. Katanya, pelbagai program diatur pihaknya untuk bersama dengan golongan muda hari ini sebagai pengisian berguna kepada mereka.

“Dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad beliau juga menekankan kepentingan untuk bersama golongan ini,”.

“YADIM juga adakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik dan bentangkan pelan kami untuk pelajar serta mahasiswa, beliau rakamkan penghargaan dan sokong rancangan tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *