Home » Citra Yadim » Kembara Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis

Kembara Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis

KEMBARA Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis di zon selatan negeri tersebut telah berjaya dilangsungkan di lokasi pertama iaitu Padang Awam Taman Tungku Putra, Kulim manakala lokasi kedua pula ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu sempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-67 pada 31 Ogos.
Seramai 300 orang penduduk yang terdiri dari kalangan warga emas, belia dan kanak-kanak telah mendengar ucapan penuh semangat berkenaan Aspirasi YADIM dan Nilai Kemerdekaan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid Abdullah.
Beliau juga telah mengagihkan 200 bendera Jalur Gemilang kepada warga yang hadir.
Kembara ini diteruskan dengan sumbangan Bakul Makanan kepada 30 penerima yang dikenalpasti memerlukan di daerah Kulim.
Ia disampaikan oleh Dr. Ahmad Mujahid serta diiringi oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz kemerdekaan, sukaneka dan pertandingan memperagakan pakaian kebangsaan yang dianjurkan dengan kerjasama agensi seperti KEMAS, RELA, Kawasan Rukun Tetangga dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu.
Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Padang Tembak, Kulim, Encik Zulhusni Zakaria dan Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-kanak Flat Paya Nahu, Puan Mariani Hussain.
Semoga penganjuran program kemerdekaan tahun ini memberikan pemahaman baharu tentang dasar Malaysia Madani dan menambahkan semangat patriotisme dalam kalangan ahli masyarakat yang hadir.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *