Home » Citra Yadim » Kembara Dakwah Belantara Siri 4 di Perkampungan Orang Asli Pos Pulat

Kembara Dakwah Belantara Siri 4 di Perkampungan Orang Asli Pos Pulat

Sebahagian anak-anak masyarakat Perkampungan Orang Asli Pos Pulat, Gua Musang yang tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka. - Foto YADIM
GUA MUSANG – Komuniti Orang Asli di negeri ini tidak pernah dipinggirkan oleh YADIM Kelantan dalam usahanya melestari gerakan dakwah.
Justeru, bertempat di Perkampungan Orang Asli Pos Pulat di sini, YADIM Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, rakan badan bukan kerajaan MyCorps Alumni, Outbox Malaysia dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri telah mengadakan program YADIM Peduli: Kembara Dakwah Belantara Siri 4.
Program pada 19 Februari ini menggunakan beberapa pendekatan dan aspek supaya ianya benar benar berkesan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah sukaneka, saringan kesihatan, penerangan penggunaan kit ujian Covid-19, ceramah penjagaan kesihatan, jamuan makan tengahari dan pertandingan persahabatan bolasepak antara urusetia dan masyarakat Orang Asli.
Setiap ketua isi rumah juga menerima sumbangan makanan asas dan kit penjagaan kesihatan diri.
Hadir merasmikan majlis penutup adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Yang Berhormat Ab Aziz Yusoff. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Gua Musang, En Yusrizal Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pos Pulat, En Leman Ahong, Pengerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Azman, Pengurus Outbox Malaysia, Cik Nur Munirah Othman dan Sekretariat MyCorps, En Muhammad Safiuddin Abu Samah.
Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada pengisian Program Ihya Bulan Barakah 2022 YADIM Kelantan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *