Home » Citra Yadim » Kembara Dakwah Belantara Siri 2 di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh

Kembara Dakwah Belantara Siri 2 di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh

GUA MUSANG – Komuniti Orang Asli di negeri ini tidak pernah dipinggirkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kelantan dalam usahanya melestari gerakan dakwah.

Justeru, bertempat di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh di sini, YADIM Kelantan telah mengadakan program YADIM Peduli: Kembara Dakwah Belantara Siri 2.

Ia mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan dan Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu.

Program ini diadakan selama dua hari bermula 28 sehingga 29 November menggunakan beberapa pendekatan dan aspek supaya ianya benar benar berkesan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah ceramah dan kuiz keagamaan, ziarah ke rumah penduduk dan pertandingan sepak takraw.

Sebelum ini pada 16 Oktober, YADIM Kelantan juga mengadakan program Kembara Dakwah Belantara di kawasan ini bertujuan menyantuni komuniti Orang asli di kawsan ini.

Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada pengisian Program Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kelantan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *