KEM Motivasi Pelajar anjuran Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dengan kerjasama Kafa Al-Hidayah West Country telah berlangsung di Hulu Langat pada 16 dan 17 September.
Ia dianjurkan sebagai usaha serius bagi mencapai misi YADIM untuk melahirkan masyarakat menjiwai nilai-nilai murni dan aspirasi Malaysia Madani.
Program di D’iman Semungkis ini dihadiri seramai 109 orang pelajar tahun 5 dan 6 dari sekolah sekitar Bandar Baru Bangi.
Antara fokus utama sebagai pengisian dalam kem motivasi ini adalah menyemai sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar di samping memberi motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA dan Penilaian Sekolah Rendah Agama.
Program ini dikendalikan oleh pakar motivasi, Ustaz Muhammad Fadli Ismail. Majlis penutup disempurnakan Penyelaras YADIM Negeri Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.
KOMEN