KULIM – Program Kem Khalifah Muda telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara pada 20 Ogos lalu, sebagai kesinambungan siri program pembentukan pemimpin muda yang pernah dijalankan sebelum ini.
Program berkenaan telah diadakan di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim melibatkan seramai 100 pelajar dna pemimpin muda.
Pemangku Pengarah YADIM Zon Utara, Ustaz Zuhri Hussin berkata, Â keperluan mengadakan program seperti ini adalah untuk membina generasi pemimpin masa hadapan.
“Sememangnya banyak agensi lain yang mengadakan program seperti ini, namun YADIM tidak mahu bersikap lepas tangan kerana antara misi YADIM ialah melahirkan khairu ummah yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Beliau berkata, generasi masa kini adalah lambang kekuatan negara ada masa akan datang dan ia boleh dilihat daripada peristiwa-peristiwa bersejarah seperti kejatuhan Andalusia sebagai pengajaran yang bermakna.
Menurutnya, keruntuhan sebuah empayar yang gagah itu, berpuncar daripada kegagalan mempersiapkan genegerasi muda yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
Melalui program Khalifah Muda, antara modulnya termasuk induksi, latihan dalam kumpulan serta ceramah motovasi.
KOMEN