SUNGAI PETANI – Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta kerana dihalau oleh penyewa rumah yang sebelum ini didiaminya.
Ia bermula apabila seorang pelayar membuat perkongsian kisah keluarga terbabit sebelum ia ditularkan netizen.
Pada 5 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni keluarga ini dengan bantuan rakan rakan badan bukan kerajaan.
Seorang guru telah bermurah hati memberikan kediamanya untuk diduduki secara percuma selama empat bulan oleh keluarga ini.
YADIM Kedah telah menyampaikan barangan keperluan harian kepada keluarga ini.
KOMEN