Home » Citra Yadim » Keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan YADIM Kelantan

Keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Hampir tiada yang tinggal….. Demikian kejadian malang yang menimpa keluarga seorang tukang rumah, Encik Rozali Ismaik di sini apabila kediamannya musnah dalam satu kejadian kebakaran pada 5 April lalu.

Selain kehilangan rumahnya, sebuah kereta dan dua motosikal turut hangus dalam kejadian itu. Insiden malang ini pastinya memberi kesan kepada mereka Ramadan ini selain menjejaskan persiapan menyambut Syawal.

YADIM Kelantan pada 13 April telah menziarahi keluarga ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan dan wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan untuk keluarga lima beranak ini di Taman Seri Cemerlang di sini, disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

 

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *