MELESTARI Gerakan Dakwah di negara ini dilaksanakan dengan jalur dan pendekatan yang pelbagai.
Menerusi seni bela diri seperti silat, jika pendekatan dakwah yang digunakan berkesan dan berjaya menarik minat ramai khususnya generasi muda, maka sewajarnya ia diusahakan.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 15 Mei menerima kunjungan daripada Kelab Silat Gayung Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) diketuai Pengerusinya, Idris Syafie.
Walaupun sekadar perbincangan ringkas, namun banyak idea yang diterokai dan dibincangkan bersama, termasuklah cadangan melibatkan golongan belia dalam badan dakwah ini dengan seni bela diri berkenaan.
Menurut PLKU mereka komited untuk bekerjasama dengan badan agama bagi menekankan bahawa seni silat tidak terpisah dengan agama Islam sama sekali.
KOMEN