Home » Langit Terbuka » Keizinan Berkahwin Bagi Perkahwinan Bawah Umur Diteliti Semula

Keizinan Berkahwin Bagi Perkahwinan Bawah Umur Diteliti Semula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur itu sudah jelas yang mana negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

PUTRAJAYA – Prosedur keizinan perkahwinan bawah umur akan diteliti semula untuk memberi keadilan kepada semua pihak yang terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur itu sudah jelas yang mana negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Katanya, isu sekarang adalah mengenai keizinan berkahwin membabitkan mereka yang berkahwin bawah umur seperti termaktub dalam undang-undang di negara ini.

“Kita tidak buat lagi apa-apa keputusan berhubung umur dibenarkan berkahwin tetapi akan meneliti semula perkara berkaitan keizinan atau kebenaran berkahwin.

“Ini membabitkan isu kebenaran atau keizinan oleh ibu bapa dan kerelaan mereka yang ingin berkahwin membabitkan kanak-kanak bawah usia dibenarkan berkahwin,” katanya pada sidang media mengulas isu perkahwinan pelajar 11 tahun dengan lelaki 41 tahun di Kelantan.

Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan warga Thailand dengan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu tersebar luas sejak beberapa hari lalu dan mengundang reaksi pelbagai pihak.

Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga warganegara Thailand.

Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, perkahwinan bawah usia 16 tahun bagi wanita memerlukan kebenaran mahkamah, Ketua Menteri atau Menteri Besar dan persetujuan ibu bapa mereka.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, perkahwinan tidak sah kerana satu pihak berusia bawah usia minimum perkahwinan, selain Seksyen 90(c) Kanun Keseksaan turut menyebut bahawa kerelaan bukanlah kerelaan bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Mujahid berkata, berdasarkan umur kanak-kanak yang berkahwin itu, ia jelas menunjukkan perkahwinan itu melanggar undang-undang kerana gadis itu berusia bawah usia minimum dibenarkan berkahwin.

Katanya, beliau difahamkan ada isu lain dalam kes berkenaan kerana kanak-kanak perempuan itu warga asing dari Thailand.

Sementara itu, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Saleh, berkata penetapan umur kanak-kanak yang dibenarkan berkahwin bagi seorang gadis dibincangkan dalam perbahasan yang panjang di Parlimen.

“Kita mahu pertahankan penetapan umur 16 tahun kerana kanak-kanak bawah usia itu tidak matang dan perlu dididik,” katanya. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444679/keizinan-berkahwin-bagi-perkahwinan-bawah-umur-diteliti-semula

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *