Home » Citra Yadim » Kehadiran YB Fadhlina Sidek di Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

Kehadiran YB Fadhlina Sidek di Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

HARI Keempat Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) diserikan lagi dengan Ikehadiran Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek dalam slot Bicara Inspirasi Tokoh yang turun padang untuk bersama-sama para pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada 27 Januari 2024.
Program bertempat di Dewan Al Farabi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu itu turut menerima kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan yang hadir untuk menyampaikan slot Cabaran dan Peranan Generasi Muda.
Satu perjumpaan ringkas YB Senator Dr. Zulkifli dengan YADIM turut diadakan untuk membincangkan gerak kerja YADIM terutamanya berkaitan YADIM Terengganu.
Turut hadir di program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat dan Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin.
Pada sebelah malam, program akan diteruskan dengan Pertandingan Akhir Ikon Dakwah SBP yang menampilkan 14 orang pelajar di pentas akhir.
Terdahulu pada hari ketiga, slot dimulakan dengan penyampaian ceramah daripada Presiden WADAH, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Azam Abdul Rahman dengan tajuk Daie Berhikmah, Islam Terserlah.
Selain itu, slot Perancangan Strategik Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) untuk para pelajar daripada SBP seluruh Malaysia seramai 144 orang telah dilaksanakan dengan jayanya yang menyaksikan peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan oleh fasilitator.
Perancangan strategik yang dilaksanakan dengan cara yang kreatif dan menarik berjaya mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pelajar.
YADIM dan fasilitator daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot tersebut.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *