Home » Langit Terbuka » Kedudukan Islam, Taska Tumpuan Sidang Hari Ini

Kedudukan Islam, Taska Tumpuan Sidang Hari Ini

Berdasarkan Aturan Mesyuarat Dewan, persoalan mengenai jaminan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bekalan daging pada Hari Raya Aidiladha dan mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak dibangkitkan Ahli Parlimen dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai sejauh mana komitmen kerajaan menjamin kemuliaan agama Islam dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan kerajaan berdasarkan nasihat Majlis Penasihat Kerajaan dijangka ‘menghangatkan’ sidang Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat Dewan, persoalan mengenai jaminan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bekalan daging pada Hari Raya Aidiladha dan mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak dibangkitkan Ahli Parlimen dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kerajaan dapat memastikan kedudukan agama Islam terjamin kemuliaannya bersandarkan Perkara 3(1) Perlembagaan.

Dr Hasan Bahrom (PH-AMANAH Tampin) pula bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apakah usaha diambil kerajaan bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pula bertanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai langkah segera kementerian untuk mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak supaya tragedi penderaan seperti dialami Allahyarham Adam Rayqal tidak berulang. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453043/kedudukan-islam-taska-tumpuan-sidang-hari-ini

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *