Home » Citra Yadim » Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

SIJANGKANG – Kehilangan kediaman di kala orang ramai sedang menyambut AidilAdha sememangnya memeritkan, namun itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah Yusuk, apabila sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada pagi 11 Ogos lalu.

Prihatin dengan nasib yang menimpa ibu tunggal berkenaan, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkunjung dan menyampaikan sedikit sumbangan kepadanya di kediamannya di Jalan Melati di sini pada 13 Ogos.

Kedatangan SAR Kuala Langat yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin pada jam 9.30 malam itu disambut oleh Siti Sarah dan keluarganya dengan gembira.

Sumbangan barangan keperluan asas tersebut walaupun tidak seberapa, tetapi nyata memberikan sedikit kegembiraan untuk keluarga kecil ini.

Mewakili keluarganya, Siti Sarah mengucapkan terima kasih atas keprihatinan SAR Kuala Langat dan YADIM yang menyantuninya sambil memberitahu punca kebakaran masih disiasat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *