Home » Langit Terbuka » Kedah tetap 4 kadar zakat fitrah

Kedah tetap 4 kadar zakat fitrah

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Kedah ialah RM5, RM7, RM14 dan RM21. - Foto NSTP

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan empat kadar zakat fitrah kepada umat Islam bagi menunaikan kewajipan mereka pada tahun ini susulan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dan Agihan LZNK Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Kedah ialah RM5, RM7, RM14 dan RM21.

Katanya, bagi umat Islam yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk membayar dengan kadar lebih baik.

“Sekiranya kita makan beras tempatan dengan kadar hancur lima peratus (RM7) dan mampu bayar lebih pada kadar RM14 iaitu beras import atau RM21 iaitu beras basmathi maka kita digalakkan bayar pada kadar lebih baik.

“Ini kerana agama Islam menggalakkam umatnya membuat perkara yang lebih baik,” katanya semasa sidang media di Menara Zakat di Alor Setar, pada 9 April.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman.

Fadzil yang juga Mufti Kedah, berkata individu yang tidak berkemampuan dan terjejas teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agama Islam memberi kelonggaran kepada mereka. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *