Home » Langit Terbuka » Kebenaran solat Jumaat, tarawih dibincangkan esok

Kebenaran solat Jumaat, tarawih dibincangkan esok

Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan pengumuman berkaitan SOP seperti bagaimana untuk menunaikan Solat Jumaat akan diumumkan esok atau Jumaat ini. - Foto FB

PUTRAJAYA – Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok bagi membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat Jumaat atau tarawih di masjid.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan pengumuman berkaitan SOP tersebut akan diumumkan oleh beliau sendiri esok atau Jumaat ini.

“Kita faham ada ibu bapa bekerja dan tidak ada sesiapa menjaga anak mereka. Perkara ini akan dibincangkan esok oleh semua kementerian bagi mengeluarkan perincian SOP. Semua kementerian akan mencadangkan SOP mereka.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad turut terlibat dalam mesyuarat bagi menyediakan SOP esok. Pelbagai persoalan ditimbulkan apabila terdapat kelonggaran dalam PKP keempat ini dan sebenarnya ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada juga yang bertanya adakah solat tarawih dibenarkan dengan syarat kita mengamalkan jarak satu meter dan begitu juga dengan solat Jumaat,” katanya pada Sidang Media (Non- Health) di sini pada 29 April. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *