Home » Langit Terbuka » Kebebasan bersuara bukan peluang tabur fitnah

Kebebasan bersuara bukan peluang tabur fitnah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas menangani budaya fitnah dan mereka-reka cerita tidak berasas dengan lebih serius. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan kebebasan bersuara sebagai peluang untuk menabur fitnah terhadap kerajaan.

Sambil berkongsi petikan titah Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mengenai kebebasan bersuara ketika menyampaikan Titah Diraja di Parlimen, Isnin lalu, Mujahid memberitahu perbuatan melemparkan fitnah tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan konsep mendengar teguran, sasaran serta kritikan.

“Bersama kita membentuk negara yang lebih harmoni, tiada salahnya menegur dan mengkritik kerajaan namun janganlah digunakan ruang kebebasan ini untuk menyuburkan fitnah dan cerita-cerita rekaan untuk menakutkan rakyat terhadap kerajaan.

“Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas menangani budaya fitnah dan mereka-reka cerita tidak berasas dengan lebih serius kerana saya merasakan keharmonian dan ketenteraman hidup dalam masyarakat perlu diutamakan,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Katanya lagi, titah baginda tepat pada masanya dan semua pihak perlu menyelidik setiap berita yang diterima. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *