PUTRAJAYA 5 Okt. – Dalam usaha melahirkan golongan muda berjiwa daie, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan enam siri Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM 6.0) secara serentak bermula 22 September hingga 24 September lalu.
Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Zaman Karulani berkata, program tahunan berkenaan telah disertai seramai 700 peserta yang merupakan pelajar-pelajar matrikulasi seluruh negara.
“Program kali ini diadakan mengikut zon iaitu Zon Selatan, Tengah, Timur, Utara, Sabah dan Sarawak dan telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat isu-isu semasa, latihan dalam kumpulan, forum’’ katanya.
Beliau berkata, program berkenaan telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan 17 buah matrikulasi terpilih seluruh Malaysia.
Secara ringkasnya, jelasnya, tujuan penganjuran program KDMM ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah yang secara langsung membolehkan mereka menjadi agen dalam pembentukan masyarakat yang ideal.
“Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang ancaman pemikiran yang melanda umat Islam pada hari ini serta isu-isu yang boleh menggugat perpaduan masyarakat,’’ katanya.
Berikut adalah lokasi program KDMM 6.0 yang telah diadakan:
ZON | TEMPAT | MATRIKULASI TERLIBAT | JUMLAH PESERTA |
ZON SELATAN | Kolej Matrikulasi Melaka | – KM Melaka- KM Johor
– KM Teknikal Johor |
117 orang |
ZON TENGAH | Kolej Matrikulasi Selangor | – KM Selangor- KM Negeri Sembilan
– KM Perak |
105 orang |
ZON TIMUR | Kolej Matrikulasi Kelantan | – KM Kelantan- KM Pahang
– KM Teknikal Pahang |
113 orang |
ZON UTARA | Kolej Matrikulasi Kedah | – KM Kedah- KM Teknikal Kedah
– KM Kulim – KM Kuala Nerang – KM Perlis – KM Pulau Pinang |
249 orang |
ZON SABAH | Kolej Matrikulasi Labuan | – KM Labuan | 91 orang |
ZON SARAWAK | Kem PLKN Putra Sentosa | – KM Sarawak | 85 orang |
JUMLAH | 760 orang |
Â
KOMEN