Home » Langit Terbuka » Kawal ketat semua pengembara asing masuk ke Malaysia – Anwar

Kawal ketat semua pengembara asing masuk ke Malaysia – Anwar

Malaysia mengamalkan pendirian kawalan tanpa mengambil kira latar belakang pelancong bagi menjaga keselamatan rakyatnya, tegas Perdana Menteri. - Foto hiasan ihsan FMT

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemasukan pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat, tanpa menumpukan kepada mana-mana negara.

Perdana Menteri berkata, masalah kesihatan rakyat adalah perkara paling utama begitu juga soal pelancongan serta pertumbuhan ekonomi sekali gus tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak serta jangkitan, termasuk COVID-19.

“Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau dilihat kadar jangkitan di China, kita tahu kematian di Amerika Syarikat (AS) juga tinggi dan beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa saja yang masuk harus dipantau dan dikenakan syarat sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, pada 4 Januari. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *