Home » Langit Terbuka » Jumpa mak nyah Sabtu ini

Jumpa mak nyah Sabtu ini

Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib. Foto : https://antarapos.com

KUALA TERENGGANU 7 Jan.  – Kerajaan negeri menunjukkan keterbukaan apabila bersedia bertemu dengan golongan mak nyah atau ‘transvestit’ dan pengkid pada Sabtu, 13 Januari ini bagi memastikan permasalahan ‘komuniti’ kecil yang wujud di negeri ini didengar dan dibantu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pertemuan itu merupakan fasa pertama membabitkan lebih kurang 100 orang mak nyah dan pengkid dengan beberapa agensi seperti Yayasan Islam Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Menurutnya, pertemuan itu akan melibatkan sesi dialog dan soal jawab bagi mengetahui permasalahan sebenar supaya kerajaan negeri dapat mengambil peranan membantu golongan tersebut yang berdepan dengan stigma masyarakat.

“Jadi, kalau kita tidak dengar mereka, tidak bertemu mereka, tidak dekati mereka, tidak dengar keluhan mereka, bagaimana kita hendak tahu masalah mereka. Kita hanya menuduh mereka menjadi masalah kepada masyarakat, mereka ini menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat tanpa kita melihat permasalahan mereka.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, walaupun jumlah mereka kecil, kami Kerajaan Terengganu mengambil pandangan yang serius untuk membantu mereka melalui pendekatan lebih santun berbanding meletakkan satu hukuman kerana Islam bukan agama menghukum. Islam agama mendidik, jadi kita beri pendekatan sebegitu,” katanya.

Ghazali yang juga Adun Ajil memberitahu, ia bagi memberi keadilan kepada pihak terlibat dengan melihat punca supaya dapat mengenal pasti alasan sebenar mak nyah dan pengkid bersikap demikian serta bantuan yang boleh disalurkan bagi memastikan mereka berubah.

Bagaimanapun beliau menegaskan, penguatkuasaan akan tetap diambil terhadap kumpulan terlibat sekiranya sengaja mewujudkan persekitaran dan masalah sosial melalui peruntukan perundangan sedia ada.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *