Home » Langit Terbuka » JPN tidak benarkan singkatan Abd dan Mohd

JPN tidak benarkan singkatan Abd dan Mohd

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara berkata, selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik - FMT

ARAU – Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.

“Nama-nama singkatan seperti “Abd” juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’,’’ katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN hari ini.

“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak 4 patah perkataan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *