Home » Langit Terbuka » Johor kekal SOP solat jarak setengah meter

Johor kekal SOP solat jarak setengah meter

SOP penjarakan setengah meter di masjid di Johor kekal walaupun ada kes Covid-19 di Taman Sri Pulai Perdana. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana tidak akan mengubah SOP itu yang baharu berkuat kuasa 7 Januari lepas.

“Setakat ini kami kekalkan jarak setengah meter di masjid walaupun ada kes di Pulai Perdana.

“Ia tidak berkait rapat dan tiada sebarang arahan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (berhubung SOP solat). Jadi kami kekalkan jarak setengah meter,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pascabanjir, di sini pada 13 Januari.

Mengulas lanjut Tosrin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung 47 kes positif yang dikesan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana.

“Saya difahamkan kes di Pulai Perdana ini melibatkan jemaah (di Johor) yang baru balik menunaikan umrah. Justeru itu kami akan dapatkan maklumat terperinci daripada KKM,” katanya. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *