Home » Citra Yadim » JMU 2016 berjaya mencapai matlamatnya

JMU 2016 berjaya mencapai matlamatnya

MUADZAM SHAH 27 Sept. – Jelajah Muamalah Ummah 2016 yang diadakan julung-julung kalinya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), telah berjaya mencapai matlamat iaitu memberikan penerangan kepada golongan muda mengenai kepentingan muamalah Islam dalam kehidupan.

Dalam jelajah ini itu, Yadim telah berjaya menganjur dua program ilmu di setiap lokasi iaitu Celik Muamalah dan Bicara Umat Akhir Zaman dan secara keseluruhannya, program-program berkenaan telah melibatkan 3,500 pelajar politeknik turut dalam program ini.

Selain itu, konvoi jelajah turut berjaya melaksanakan program khidmat bakti bagi membantu penduduk yang kurang bernasib baik di Kampung Bonggol Kewat Kok Lanas, Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun dan Pusat Jagaan Permata Rindu, Muadzam Shah.

Majlis penutupan jelajah berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Dakwah Islamiah da Tugas-tugas Khas Negeri Pahang,  Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam majlis yang diadakan di Politeknik Muadzam Shah.

Turut hadir dalam program itu ialah Yang Dipertua Yadim, Dr Yusri Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Shabudin Man dan Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah,

Jelajah Muamalah Ummah 2016 diadakan dengan kerjasama  Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi  serta beberapa pihak lain termasuk Bank Islam, Yayasan Taqwa, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Takaful Ikhlas, 1M4U, Bank Rakyat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Islam Malaysia Berhad dan Pusrawi.

Jelajah yang membawa tema `Muamalah Dijaga, Ummah Terpelihara’, telah dilepaskan pada 22 September 2016 oeh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki di perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Lokasi persinggahan konvoi seramai 60 orang peserta ini adalah  Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang .

Selain itu, beberapa politeknik lain akan turut menyertai program-program yang diadakan itu termasuk Politeknik Jeli, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik Hulu Terengganu dan Politeknik Metro Kuantan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk  memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan muda terhadap konsep  muamalah kewangan Islam, di samping  dapat mengeratkan lagi ukhuwwah fillah di kalangan ahli-ahli Sahabat YADIM di universiti awam dan politeknik-politeknik Malaysia di Zon Timur.

Program ini akan turut melibatkan selebriti terkenal seperti Pencetus Ummah (PU) Amin yang akan mengendalikan slot-slot tazkirah, Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi dalam Malam Kalimah Cinta di Politeknik Muadzam Shah pada 26 September dan Yatt Hamzah dalam slot Magnet Kejayaan pada 27 September di politeknik yang sama.

Penganjuran JMU dan Karnival Muamalah 2016 dilihat amat signifikan dalam meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran umat Islam khususnya golongan muda terhadap kepentingan muamalah Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan ekonomi mereka.

Program ini diharapkan dapat membudaya pemikiran dan pemahaman masyarakat Islam terhadap kewajipan bermuamalah dengan sistem kewangan Islam yang betul berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menjawab persoalan permasalahan ummah di kalangan masyarakat awam.

Selain itu, program ini juga dapat menyemarakkan budaya celik muamalah dalam kalangan umat Islam serta memberi kefahaman secara menyeluruh kepada umat Islam berkenaan dengan sistem kewangan Islam antaranya meliputi perbankan Islam, takaful, pelaburan, pengurusan hutang, keusahawanan dan lain-lain berkaitan.

Melalui program ini juga, YADIM berharap dapat membantu mempromosikan produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam, syarikat takaful dan para usahawan Islam serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dan pimpinan Sahabat Yadim serta Sukarelawan Al-Falah di institusi pendidikan yang dilawati.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *