Home » Langit Terbuka » Jinggo jawab tuduhan kru tidak solat ketika penggambaran

Jinggo jawab tuduhan kru tidak solat ketika penggambaran

Jinggo bersama isterinya, Sheila Rusly.

Jinggo anggap tuduhan itu sebagai fitnah.

PETALING JAYA: Pengarah drama yang juga suami pelakon Sheila Rusly iaitu Jinggo menegur cara seorang netizen yang mempertikaikan petugas produksi syarikatnya melakukan solat.

Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya berkata, cara tulisan individu berkenaan di Instagram isterinya boleh mendatangkan fitnah apabila dia mempersoalkan Sheila dan kru produksi menunaikan ibadah wajib sepanjang penggambaran program Ketuk-Ketuk Ramadan.

“Bertanya itu boleh, tapi kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang, komen itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis sebab usaha kira nak mengingatkan orang lain.

“Tapi komen kita pula menfitnah orang lain, niat nak buat pahala, dosa pula yang dapat,” tulisnya di Instgaram.

Jinggo berkata demikian bagi membalas tuduhan individu yang mempersoalkan cara isteri dan kru produksinya menunaikan solat ketika sesi penggambaran dilakukan.

Sementara itu, Jinggo menambah, individu yang membuat tuduhan secara melulu itu hanya menimbulkan fitnah dan perspektif negatif masyarakat terhadap mereka.

Katanya, kerja sebagai sebuah produksi perlu mengejar masa, namun kewajipan dalam solat membuatkan mereka mencari masa untuk melaksanakannya.

“Cara awak menulis sudah menghukum, kami kerja kejar masa dan solat wajib kami cari masa.

“Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?” tulisnya.

Biasanya pihak JS Pictures iaitu syarikat milik Jinggo dan Sheila tidak mengambil mudah soal solat kerana pihaknya akan menghentikan sementara penggamabran apabila tiba waktu untuk menunaikan sembahyang. – MSTAR

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *