Home » Langit Terbuka » JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

GISBH di Kedah. FOTO ihsan Facebook

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Abd Ghani@Zulkifli Zainudin berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada siasatan khusus dibuat membabitkan aktiviti syarikat terbabit.

Ini kerana katanya, tiada aduan yang diterima berkaitan salah laku kumpulan terbabit di Kedah.

“Kita di pihak JHEAIK sentiasa memantau pergerakan kumpulan itu di Kedah, tetapi sehingga kini, tiada siasatan khusus dibuat kerana tiada aduan diterima berkaitan salah laku kumpulan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

GISBH dipalit kontroversi selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis, Selasa lalu.

Tinjauan sebelum ini mendapati semua perniagaan yang dikendalikan GISBH di negeri ini masih beroperasi seperti biasa.

Perniagaan motel, bakeri dan kafe serta kedai makan dibuka seperti biasa meskipun sebelum ini wujud dakwaan GISBH terbabit mengeksploitasikan kanak-kanak sebagai pekerja.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *