JEDDAH – Seorang jemaah haji dari Indonesia yang dipercayai individu tertua menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, pada 31 Julai.
Lapor portal Gulf News, Ohi Aidros Samri yang dipercayai berusia 130 tahun, tiba di Arab Saudi bersama-sama enam orang ahli keluarganya.
Setibanya Ohi Aidros di lapangan terbang, dia disambut oleh sejumlah pegawai yang mengalu-alukan kedatangannya dengan jambangan bunga serta barangan perhiasan.
Sewaktu ditemu ramah agensi berita SPA, Ohi Aidros dan keluarganya berterima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud serta Putera Mahkota Mohammad bin Salman atas penjagaan dan perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah haji.
Ohi Aidros juga memuji kemudahan dan perkhidmatan disediakan oleh kerajaan Arab Saudi yang memberi perhatian sepenuhnya kepada dia dan ahli keluarga sejak mereka menjejakkan kaki di negara ini. – SPA
KOMEN