Home » YADIM MADANI » Jelajah Seminar Keluarga Madani Negeri Kedah

Jelajah Seminar Keluarga Madani Negeri Kedah

CUTI Hujung minggu telah dimanfaatkan oleh pihak YADIM Negeri Kedah dan Perlis untuk menganjurkan sebanyak tiga Program Dakwah Negara (PDN) 2024 untuk menyantuni masyarakat.
Program pertama merupakan Bengkel Kerjaya Anak Yatim yang diadakan pada 18 Oktober di Rumah Pertubuhan Anak Yatim Az-Zahra, Bandar Laguna, Merbok, yang telah dilangsungkan menerusi penglibatan UniSHAMS PERKIM Club, Rakan Siswa YADIM UniSHAMS dan YADIM Negeri Kedah dan Perlis.
Bengkel berkenaan memberi panduan, sokongan moral dan taklimat kerjaya pada penghuni pertubuhan tersebut. Turut hadir dalam acara tersebut ialah Penasihat UniSHAMS PERKIM Club, Dr. Syauqi Arsyad dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.
Program kedua ialah Jelajah Seminar Keluarga Madani Negeri Kedah yang diadakan pada 19 Oktober di Dewan Kompleks Pendidikan Al-Maarif, Sungai Layar. Program bermula jam 9 pagi telah diisi dengan dua slot menarik.
Slot pertama membawa tajuk ’Hidup Beri Nilai-Nilai Terpuji’ telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias sebelum slot kedua disampaikan oleh Ustaz Ali Lebai Asyaari, Jurulatih Madani.
Seminar yang berakhir jam 1.00 petang telah di hadiri oleh 100 orang peserta daripada Persatuan ibubapa dan guru Seri Al-Maarif. Turut hadir dalam program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Maarif, Cikgu Ghazali Abu Bakar dan Ustaz Mohamad Bilal.
Program YADIM Interaktif : Ceramah Maulidur Rasul 1446H di Surau An-Nur Kampung Baloh, Jenun menutup PDN pada hujung minggu ini di Kedah. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Bilal.
Di surau ini, ia menarik kehadiran setamai 200 peserta dan turut diserika dengan perarakan dan alunan qasidah daripada Maahad Tahfiz Pokok Tai. Pengerusi Surau An-Nur Kampung Baloh, Ustaz Mat Yusuf Md. Tahir turut hadir sama di sini.

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *