Home » Citra Yadim » Jelajah Bicara Dakwah YADIM Negeri Kedah dan Perlis

Jelajah Bicara Dakwah YADIM Negeri Kedah dan Perlis

PROGRAM YADIM Interaktif : Jelajah Bicara Dakwah YADIM Negeri Kedah dan Perlis sekali lagi memerima sambutan luar biasa orang ramai apabila mencatat kehadiran kira-kira 900 jemaah.
Program yang diadakan pada 14 Februari di Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia Sintok, Bukit kayu hitam ini mengundang Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Zul Azri Mohd Sani sebagai penceramah.
Beliau mengupas Kitab ‘Adabul Ikhtilaf’ (Adab Berbeza Pendapat) keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang telah diedarkan secara percuma sebanyak 260 naskhah.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Islam UUM, Tuan Haji Mohd Yusnaidi Md. Sabri, Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UUM, Ustaz Mohd Jazlan Aidil Mat Jamil dan Pembantu Tadbir Pusat Islam UUM, Ustaz Abdul Razak Abdullah.
Tidk ketinggalan ialah Pembantu Tadbir Hal Ehwal Islam, Ustaz Aus Korni Yahya dan Setiausaha ABIM Kedah, Ustaz Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain.

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *