Home » Langit Terbuka » Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu

Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu

Pembelajaran Jawi tidak akan merubah pembelajaran rumi (Bahasa Melayu), sebaliknya cuma ingin meningkatkan pembelajaran tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu, jelas Kementerian Pendidikan. - Foto Hasrul Hassan.com

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan tulisan Jawi akan hanya melibatkan pembelajaran tiga muka surat di dalam buku mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tahun empat, lima dan enam.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim berkata, tiga muka surat itu tidak akan merubah pembelajaran dalam Bahasa Melayu.

Malah, katanya tulisan itu hanya akan memaparkan tiga aspek pembelajaran mengenai beberapa perkara melibatkan warisan negara.

“Kita akan hanya berada pada tahap 3 muka surat. Tapi berbeza pada tahun belajar.

“Bagi tahun empat mereka akan belajar mengenai simpulan bahasa, setem, mata wang, Tahun 5 antara cadangannya adalah pembelajaran mengenai tugu negara, papan tanda jalan dan label halal, manakala Tahun 6 akan belajar mengenai kad ucapan raya, papan tanda universiti dan artifak bersejarah yang semuanya dalam tulisan jawi.

“Pembelajaran Jawi tidak akan merubah pembelajaran rumi (Bahasa Melayu), kita cuma ingin meningkatkan pembelajaran tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu,” katanya selepas menjadi ahli panel dalam Forum Jawi: Saling Memahami anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dekat Kampung Attap paa 26 Disember.

Hadir sama Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, wakil Tamil Foundation, K Arumugam dan Naib Presiden IKRAM, Prof Badlishah Sham.

Mengulas lanjut, Dr Habibah berkata, ada sebab tertentu untuk KPM menggubal kokurikulum terhadap pelaksanaan tulisan Jawi.

Ujarnya, KPM juga peka dan sensitif kepada perkara yang timbul berkaitan isu ini. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *