Home » Langit Terbuka » Jawatankuasa ‘pembaharuan Islam’ akan nilai Jakim, kata Fuziah

Jawatankuasa ‘pembaharuan Islam’ akan nilai Jakim, kata Fuziah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan terdahulu juga sentiasa memberikan alasan bahawa undang-undang takzir di bawah kerajaan negeri

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkata Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam akan menilai 14 agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, jawatankuasa yang diluluskan Majlis Raja-Raja pada 10 Julai lalu dan telah memulakan tugasnya bermula bulan ini.

“Jawatankuasa ini akan menilai dari segi peranan, keberkesanan dan segala yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

“Dan mereka akan mempersembahkan dapatan mereka kepada Majlis Raja-Raja dalam masa 4 bulan dari sekarang,” katanya menerusi satu wawancara bersama FMT di Parlimen hari ini.

Fuziah berkata penubuhan jawatankuasa itu juga bagi memastikan agensi di bawah JPM menjadi lebih efektif dan efisyen.

Julai lalu, Raja-raja Melayu dilaporkan berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga felo di Oxford Centre for Islamic Studies.- FMT

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *