Home » Citra Yadim » Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025

Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025

PROGRAM YADIM Kader Dakwah: Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025 telah berlangsung di Kem Rakan Muda Kampar, pada 8 hingga 11 Februari.
Ia telah dihadiri oleh 150 peserta yang terdiri daripada remaja seluruh negeri Perak.
Program ini bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan jati diri dan semangat kesukarelawanan di kalangan remaja.
Kem tiga hari dua malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti dan bengkel yang bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pembinaan karakter dan pengetahuan agama para pesertanya.
Program ini dianjurkan rakan badan bukan kerajaan HALUAN dengan kerjasama YADIM Perak, Kolej Felcra, Jabatan Belia dan Sukan Perak, Yayasan Matri dan MARA Perak.
Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim telah menyempurnakan perasmian pembukaan program. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya remaja untuk mengukuhkan jati diri dan mengamalkan kesukarelawan sebagai salah satu cara untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
Pada akhir program, majlis penutupan diadakan dengan penyampaian sijil kepada semua peserta.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *