KOTA BHARU – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta masyarakat supaya tidak menularkan video tidak bermanfaat termasuk perilaku sesetengah lelaki berlagak seperti wanita.
Beliau berkata, video seperti itu tidak membantu membina pemikiran dan jati diri masyarakat.
“Ada banyak lagi perkara yang lebih penting, bagi saya, pihak media tidak perlu sensasikan hal yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.
“Jadi, saya berharap rakyat harus dididik supaya video yang tidak memberi sebarang makna tidak dipopularkan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan, anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini, semalam.
Asyraf Wajdi mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang meminta agensi berkaitan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular berlagak seperti wanita, dalam usaha membendung penularan sikap sedemikian.
“Ada banyak lagi perkara yang lebih penting, bagi saya, pihak media tidak perlu sensasikan hal yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.
“Jadi, saya berharap rakyat harus dididik supaya video yang tidak memberi sebarang makna tidak dipopularkan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan, anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini, semalam.
Asyraf Wajdi mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang meminta agensi berkaitan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular berlagak seperti wanita, dalam usaha membendung penularan sikap sedemikian. – BERNAMA
KOMEN