Home » Langit Terbuka » Jangan promosi produk depan Kaabah ketika ibadah haji

Jangan promosi produk depan Kaabah ketika ibadah haji

Jemaah haji dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada ibadah berkenaan ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya. - Foto Arkib

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata jemaah haji perlu memberi tumpuan kepada ibadah berkenaan ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata, tempat berdoa paling mustajab adalah di depan Kaabah dan jemaah dinasihatkan mengambil peluang itu untuk memohon kepada Allah SWT dan tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu ibadah pihak lain.

Katanya, jemaah juga wajar mempersiapkan diri dengan ilmu yang tinggi dalam melakukan ibadah haji.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *