Home » Langit Terbuka » Jangan layan Namewee – KJ

Jangan layan Namewee – KJ

Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu rakyat Malaysia tidak memberikan publisiti murahan kepada pemuzik kontroversi, Namewee.

Beliau yang menyifatkan individu bernama Wee Meng Chee itu sebagai ‘tidak bijak’ kerana sering tampil dengan video muzik yang menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Bagi saya orang macam ini kita dah tahu dia bodoh. Jadi jangan pedulikan dia atau jangan layan dia.

“Jangan kita bagi terlalu banyak tumpuan kepada orang macam ni,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis pelancaran Skuad Operasi Sihat Negaraku TN50.

Ujar Khairy, perhatian yang diberikan kepada individu tidak bertanggungjawab seperti Namewee hanya akan mempopularkan lagi namanya seterusnya menggalakkannya mengeluarkan video kontroversi pada masa akan datang.

“Sebab kalau kita bagi tumpuan lagi dia dapat publisiti,” tambah beliau.

Dikala rakyat Malaysia menyambut perataan Tahun Baru Cina baru-baru ini Namewee memuat naik klip video bertajuk ‘Like A Dog’, yang antara lain memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Tindakannya itu mengundang kecaman pelbagai pihak dan akhirnya polis bertindak meremannya selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 Februari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menyerahkan sepenuhnya keada pihak polis untuk menyelesaikan isu ini. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *