Home » Langit Terbuka » Jangan guna sesen, derma mesti sampai ke Palestin, kata Na’im

Jangan guna sesen, derma mesti sampai ke Palestin, kata Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap derma yang dikutip untuk Palestin perlu disalurkan kepada rakyat di negara itu. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap sumbangan yang dikutip oleh mana-mana pihak untuk Palestin mestilah sampai kepada rakyat negara itu.

Na’im juga memberi peringatan kepada mana-mana badan atau organisasi yang menjalankan kutipan untuk Palestin untuk tidak menyalahgunakan dana sumbangan individu atau syarikat.

“Pesan saya, mana-mana individu yang mengutip sumbangan ini kena pastikan sampai kepada sahabat, saudara kita di Palestin.

Kita akan dipersoalkan walaupun sesen wang sumbangan tersebut kita gunakan. Kena ada sifat amanah,

 katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Julai lalu, menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam berjumlah RM3 juta.

Susulan siasatan berkenaan, kira-kira 20 akaun perbankan berkait individu tersebut berjumlah lebih RM740,000 turut dibekukan SPRM.

Sitaan dan pembekuan akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *