Home » Langit Terbuka » Jangan Beri Persepsi Negatif Terhadap Ubat Di Klinik Komuniti – Dzulkefly

Jangan Beri Persepsi Negatif Terhadap Ubat Di Klinik Komuniti – Dzulkefly

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, tidak timbul masalah klinik berkenaan mengurangkan dos terhadap ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit kerana ia sama sahaja meskipun tidak menggunakan dadah asli.

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta agar tidak memberikan persepsi negatif terhadap ubat-ubatan di Klinik 1Malaysia kerana ubat yang disediakan di klinik berkenaan telah dilakukan kajian setara sebelum diberi kepada pesakit.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, perkara tersebut sudah menjadi kelaziman dalam kalangan ramai dan pegawai perubatan sememangnya mengetahui ubat-ubatan yang sesuai diberikan kepada pesakit.

“Itu satu persepsi yang sangat lazim. Apapun sebelum ini apa yang penting moving forward (bergerak kedepan). Kami sangat komited untuk memastikan bahawa walaupun generik kita ada farmasi di situ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa ubat-ubatan yang disediakan di klinik 1Malaysia yang telah ditukar nama menjadi Klinik Komuniti kurang berkesan berbanding di klinik berbayar.

Mengulas lanjut Dzulkefly menjelaskan, tidak timbul masalah klinik berkenaan mengurangkan dos terhadap ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit kerana ia sama sahaja meskipun tidak menggunakan dadah asli. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *