SEREMBAN 11 Okt. Â – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited dalam memastikan Indeks Syariah Malaysia (ISM) dapat dilaksanakan, dengan mengambil inisiatif untuk turun padang memberi penerangan dan penjelasan ke seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Paimuzi Yahya berkata, fasa pertama penerangan ISM melibatkan pembuat dan pelaksana dasar seperti wakil-wakil rakyat dan ketua jabatan.
“Tahun ini kita fokus untuk memberi penerangan kepada pembuat dan pelaksana dasar supaya mereka memahami apa yang dimaksudkan dengan ISM ini.
“Selepas peringkat kumpulan ini faham dengan hala tuju dan pelaksanaan ISM, barulah kita beri penerangan di peringkat masyarakat awam pula, tidak kira
Islam atau bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Speaker Dun Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said.
Paimuzi berkata, selain turun padang, Jakim juga turut menggunakan pelbagai medium seperti khutbah, radio dan televisyen untuk menyampaikan maklumat dan menerangkan berkenaan pelaksanaan ISM.
“ISM ini merupakan yang pertama di dunia dan melaluinya segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan akan diukur mengikut ISM supaya ia menepati kehendak maqasid syariah.
“Selain itu, apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ini juga memenuhi tuntutan agama dan masyarakat akan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan oleh jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.
Sementara itu, seramai 400 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan dan wakil rakyat menghadiri program ini.
Negeri Sembilan merupakan negeri ke-11 yang mengadakan siri penerangan mengenai ISM, selepas Perak, Kedah, Kelantan, Sarawak, Sabah, Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perlis.
Paimuzi berkata, program yang dianjurkan hari ini amat signifikan dalam kondisi masyarakat hari ini, khususnya umat Islam yang dihambat pelbagai pengaruh liberalisme dan ekstremisme yang dibawa kelompok tertentu ke dalam masyarakat, sehingga menghakis sifat jati diri muslim.
“Pembangunan ISM ini bukan sekadar hendak meninggikan syiar Islam semata-mata, atau untuk membangunkan ekonomi sahaja, tetapi, ia bertindak sebagai amalan standard untuk memandu sebuah negara mentadbir dan mengurus secara komprehensif dan dinamik,” katanya.
Pada 10 Februari tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri NaÂjib Tun Razak melancarkan model ISM yang merupakan satu kaedah peÂngukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting.
Perkara pertama adalah menilai keseriusan usaha kerajaÂan menepati piawaian Islam berÂkaitan dasar dan program dijalankan dan keduanya, mengenal pasÂÂti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus.
ISM yang sedang dibangunkan kerajaan dan akan dilaksanakan di negara ini berdasarkan lima prinsip maqasid syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. – Bernama
KOMEN