Home » Langit Terbuka » JAKIM komited laksana program bimbingan

JAKIM komited laksana program bimbingan

JAKIM ujar Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komunitinya, menyeru kepada masyarakat agar sama sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak agar diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus komited untuk melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program Mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti LGBT yang ingin mendapatkan bimbingan.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM, Mohd Izwan Md Yusof menjelaskan, Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah seorang lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.

“Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis samada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki same sex attraction iaitu ketertarikan sesama jenis,” kata beliau.

Jelas beliau, kenyataan beliau semalam terdapat 310,000 orang populasi gay di negara ini, adalah belum dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

JAKIM ujar beliau, menyeru kepada masyarakat agar sama sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak agar diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *