Home » Langit Terbuka » Jakim jadi kementerian?

Jakim jadi kementerian?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, cadangan menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia senbagai sebuah kementerian memerlukan kajian mendalam bagi meneliti fungsi dan peranannya dengan mengambil kira semua aspek diperlukan

KUALA LUMPUR  – Cadangan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) sebagai sebuah kementerian memerlukan kajian yang mendalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia perlu dilakukan bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek diperlukan selari de­ngan pembaharuan yang sedang dan akan dijalankan kerajaan serta tidak mengetepikan bidang kuasa negeri.

“Saya rakamkan ucapan teri­ma kasih kepada Kuala Krau (BN-Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said) kerana melihat peranan Jakim begitu besar.

“Namun kajian yang lebih mendalam adalah perlu bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 bagi Jabatan Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid ber­kata, walaupun ketika ini berperanan sebagai sebuah agensi kerajaan, Jakim telah memainkan tanggungjawab untuk menyelaraskan semua isu pentadbiran agama Islam di peringkat negeri.

“Kita pandang serius tentang Jakim dan kerajaan tidak akan membiarkan satu badan ditubuhkan untuk dipersia-siakan,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *