Home » Langit Terbuka » Jakim digesa pergiat promosi program keagamaan menerusi media sosial

Jakim digesa pergiat promosi program keagamaan menerusi media sosial

MOHD. NAIM Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah pada pemenang sempena Majlis Penutupan Majlis Ihtifal IImi Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-10 di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil langkah lebih proaktif dengan mempromosikan program-program berbentuk keagamaan dalam pelbagai platform media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, usaha itu penting kerana program seperti Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kurang diketahui walaupun sudah memasuki tahun ke-10,penganjurannya.

“Promosi sangat penting, kita perlu cari jalan bagaimana nak promosi program seperti ini secara ‘online’, kalau boleh lihat sudut itu, saya yakin kita dapat perluaskan lagi program seperti ini.

“Oleh itu, Jakim perlu lihat aspek ini kerana usaha mempromosi program menerusi media tradisional dilihat kurang (berbanding media sosial),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Ke-10 di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor. (MAINJ), Datuk Dr. Nooh Gadut.

Sementara itu, Mohd. Naim meminta pihak berkuasa agama Islam negeri supaya fokus dalam usaha pengukuhan penguasaan ilmu dan pembinaan nilai murni dalam kalangan murid dan pelajar di negara ini.

“Langkah ini penting bagi melahirkan generasi yang dapat menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada adab, akhlak dan peribadi mereka. Pendidikan sangat penting bagi membangunkan karamah insaniah.

“Sehubungan itu, ia juga perlu dipelbagaikan serta disesuaikan dengan cabaran semasa kepesatan dunia teknologi pada hari ini,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *