Home » Langit Terbuka » JAKIM atur tarikh pertemuan dengan Harith Iskander – Mohd Na’im

JAKIM atur tarikh pertemuan dengan Harith Iskander – Mohd Na’im

Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah mengatur tarikh pertemuan dengan Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung hantaran di Facebook pelakon dan pelawak itu berkait isu ‘ham’ yang didakwa menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata setakat ini JAKIM masih menunggu kesesuaian masa untuk artis itu hadir.

“Pihak JAKIM sudah mengaturkan beberapa tarikh untuk memanggil Harith dan masih menunggu kesesuaian masa daripada pihak beliau untuk hadir ke sesi terbabit.

“Pendekatan menasihati secara berhikmah akan dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa akan datang,” katanya lapor BH.

Khamis lalu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memberitahu akan memanggil Harith berhubung hantaran terbabit di Facebook.

Sirajuddin berkata, JAKIM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.

Harith, 54, didakwa memuat naik hantaran itu semasa kontroversi sandwic ‘ham and cheese’ yang dikatakan diragui status halalnya, baru-baru ini.

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang mempersendakan Islam apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada hantaran itu yang dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *