KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui masjid-masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat sunat Istisqa selepas solat Isyak pada malam ini (9 September).
Solat itu memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menjemput orang ramai hadir bagi sama-sama menjayakannya.
Tambahnya, Jakim juga memohon jasa baik dan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia supaya menyeru semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing melaksanakan solat Sunat Istisqa bagi tujuan tersebut.
“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat hujan di bumi Malaysia yang tercinta ini dan melindunginya dari bencana yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette
KOMEN