KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi-agensi di bawah jabatannya untuk membantu keluarga mangsa runtuhan tanah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.
Beliau yang mengikuti rapat perkembangan berita bencana tersebut turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa.
“Semua pihak adalah dipohon untuk bersama-sama mendoakan semoga usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dipermudahkan.
“Saya berharap keluarga, kenalan dan rakan taulan mangsa tabah dan sabar dengan ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan pada 16 Disember..
Setakat jam 4.40 petang tadi, bomba mengesahkan dua lagi mayat ditemui menjadikan angka korban tragedi itu meningkat kepada 18 orang manakala 15 lagi masih hilang.–AlHijrah Online
KOMEN