Home » Langit Terbuka » JAKIM adakan kerjasama dengan NGO bantu rakyat Palestin – Zulkifli

JAKIM adakan kerjasama dengan NGO bantu rakyat Palestin – Zulkifli

Dana yang dikutip dijangka akan disampaikan ke Palestin minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Media Prima

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam membuat kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang dizalimi regim Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beberapa mesyuarat dengan pihak-pihak terbabit telahpun dibuat ketika ini dalam usaha menjayakan hasrat itu.

“Pihak kami telah mengadakan hubungan dengan NGO dan mengadakan kutipan derma untuk digerakkan.

“Insyaallah, pada petang ini akan diadakan satu lagi mesyuarat untuk menentukan berapa jumlah yang telah diperolehi dan minggu depan kita akan menghantar bantuan itu kepada mereka yang berhak di kalangan penduduk Palestin sama ada di Gaza ataupun Tebing Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Webinar Bersamamu Palestin: Bicara Isu-Isu Konflik Israel-Palestin dengan tajuk Palestin Bumi Yang Diberkati pada 28 Mei.

Datuk Dr Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang prihatin serta telah bermusyarakah mengenai isu Palestin dan berharap keprihatian itu diterima oleh Allah S.W.T.

Beliau turut berharap agar semua pihak yang terlibat dengan usaha membantu rakyat yang tertindas di negara berkenaan akan terus mendapat rahmat dan kesihatan berkekalan kerana usaha murni itu perlu diteruskan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *