Home » Langit Terbuka » JAKESS Cadang SOP Kes Syariah Babit Unsur Mistik

JAKESS Cadang SOP Kes Syariah Babit Unsur Mistik

SHAH ALAM – JABATAN Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mahu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi kes syariah membabitkan gangguan makhluk halus dan berunsur mistik di negeri ini.

Ia berikutan pemerhatian mendapati berlaku kes seumpama itu di Mahkamah Syariah Selangor, antaranya berkaitan perceraian dan poligami.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Husain berkata, SOP khas itu perlu dengan mengambil kira realiti kes dikendalikan di mahkamah syariah dan juga pengalaman Hakim Syarie yang pernah mengendalikan kes seumpamanya.

“Memang wujud kes (syariah) yang mempunyai unsur mistik. Ia berkaitan dengan makhluk halus kerana ada yang membabitkan ilmu sihir dan ‘benda’ ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Apabila berlaku kes berunsur mistik seumpama itu, wujud keperluan untuk menghasilkan prosedur khusus. Jika kita menyamakan prosedur kes gangguan makhluk halus ini dengan prosedur kes biasa yang lain, ia dikhuatiri menyebabkan ketidakadilan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah Membabitkan Gangguan Makhluk Halus di Dewan Muktamar JAKESS di Shah Alam, hari ini. – HARIAN METRO ONLINE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354582/jakess-cadang-sop-kes-syariah-babit-unsur-mistik

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *