Home » Langit Terbuka » Isu lawat kuil: Umat Islam hati-hati buat kenyataan, rujuk Mufti – MAIS

Isu lawat kuil: Umat Islam hati-hati buat kenyataan, rujuk Mufti – MAIS

Abdul Aziz (tengah) pada sidang media selepas Majlis Ijtima Riqab dan Pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024 di Hotel KSL Esplanade, Klang. - Foto NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Umat Islam perlu merujuk pihak berkuasa agama Islam negeri terutamanya Jabatan Mufti dan berhati-hati membuat sebarang kenyataan berhubung isu agama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata perkara ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat (peserta kursus) sangat tidak sesuai dengan mengatakan bahawa ada ajaran agama Hindu itu sama dengan ajaran Islam.

“Kalau ilmu kurang, jangan keluarkan kenyataan salah. Kena berhati-hati supaya orang tidak keliru..apa-apa yang berkaitan agama Islam elok merujuk kepada Jabatan Mufti negeri.

“Setiap negeri ada Jabatan Mufti, mereka yang menjaga hukum syarak terus di bawah Tuanku Sultan.. (di Selangor) bukan di bawah MAIS tetapi terus di bawah Tuanku Sultan.

“Hal berkaitan seperti itu elok kita mendapatkan pandangan rasmi daripada Jabatan Mufti supaya (perkara itu) dikaji dengan dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024 di Hotel KSL Esplanade di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan Perak meletakkan empat ketetapan bagi menyelesaikan dan menangani kemelut berhubung isu penularan penyebaran klip video lawatan kursus anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak

(JAIPk) di sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan menerusi satu mesyuarat khas dengan ketetapan itu diputuskan selepas mendapat titah nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas baginda disembah maklum mengenainya.

Terdahulu, JAIPk tampil memohon maaf, terutamanya kepada umat Islam atas kontroversi yang timbul susulan kemelut isu tular berhubung klip video mengenai kursus lawatan anjuran jabatan itu ke sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini.

JAIPk berkata, sebagai di antara jabatan yang diberi amanah mengurus hal ehwal dan kepentingan agama Islam, ia tidak sesekali mengendurkan pegangan terhadap prinsip-prinsip maqasid syariah yang selama ini mendasari perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *