KUALA LUMPUR 24 Ogos – Salah faham yang berlaku dalam fahaman Ibn Taimiyah adalah ketidakmampuan golongan tertentu untuk faham sesuatu perkara.
Penceramah bebas, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, semua pihak sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu fatwa Ibj Taimiyah sebelum mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut.
”Sebelum kritik orang lain, kita kena faham dulu apa yang orang kata. Kalau kita nak kritik Ibn Taimiyah kena baca dan faham fatwa beliau.
”Pastikan kita faham dengan cara yang betul,” ujarnya menerusi Forum Salah Faham Fatwa Ibn Taimiyah: Satu Penjelasan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, semua pihak sepatutnya menafsir dan mengkaji terlebih dahulu setiap fatwa yang dikeluarkan Ibn Taimiyah.
Langkah tersebut dikatakan boleh mengelakkan salah faham masyarakat terhadap fahaman yang dikeluarkan ulama tersebut.
”Ada yang mendakwa Ibn Taimiyah larang ziarah makan Rasulullah s.a.w.
”Ibn Taimiyah tidak pernah melarang sebaliknya niat kita membaca larangan dengan perasaan kemarahan dan kebencian menyebabkan ia terpesong,” katanya lagi.- SINAR HARIAN
KOMEN